POLITIK HARIAN

Blog List G - I

Friday, April 17, 2009

Sivakumar tiada kuasa gantung MB Perak - Keputusan Mahkamah Persekutuan



Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari Khamis memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Pera, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan negeri itu.

Keputusan tersebut diputuskan oleh lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Aluddin Sheriff.

Dengan keputusan itu, Dr Zambry dan enam orang Exco yang digantung oleh Sivakumar sebelum ini boleh menghadiri sidang DUN Perak.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN Perak membuat keputusan menggantung Dr Zambry selama 18 bulandan enam Exco yang lain 12 bulan ekoran berlaku perubahan kerajaan di Perak ekoran ADUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang keluar parti yang menjadi kerajaan campuran ketika itu dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan yang baru.

Keputusan Sivakumar itu tidak pernah di bawa ke dalam DUN untuk dibahaskan sebaliknya beliau membuat keputusan di luar pada Suidang DUN Perak.

Berdasarkan amalan di Dewan Rakyat dalam kes Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama satu tahun, usul untuk menggantungnya dibentangkan di Dewan Rakyat dan dibahaskan sebelum keputusan diluluskan.

Namun dalam kes Sivakumar, keputusan menggantung Dr Zambry dibuat di luar sidang Dewan dan diumum pada sidang media sahaja.

Blog List J - L