POLITIK HARIAN

Blog List G - I

Friday, August 7, 2009

Siapa yang selamatkan maruah Pemuda dan Melayu ? Sendiri mahu ingat lah..


Siapa Kita, mengapa kita yang mahu diperbodohkan. Siapa yang turun menjadi pelesit di jalanan? Siapa yang tertangkap dan siapakah yang di tertawakan oleh bangsa asing. Perlukah kita di perkuda kan dan di perbodohkan, Siapa yang menderita siapa yang kecewa. Jawapannya mudah. Melayu, Bangsa Melayu angkara siapa ? angkara Melayu.


Pak Lebai berserban, Mak Cik lebai juga berpurdah dan bertudung, Mahasiswa Melayu yang selesa belajar di Universiti dengan bantuan kerajaan di Universiti kerajaan bangun menjadi kuda turun menjadi anak anak jalanan kerana termakan hasutan seorang yang amat bercita-cita tinggi ingin menjadi Perdana Menteri. Dahulu semasa dalam kerajaan, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, kenapa tidak mansuh kan ISA ?

Anwar gagal mendapat mandat rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar gagal untuk mendapatkan sokongan rakyat untuk menabal kan dia sebagai Perdana Menteri, Tiada jalan lain melainkan mengasuh anak anak muda dan orang orang Melayu untuk menjadi pejuang jalanan untuk merampas kerajaan. Budaya ini bukan budaya kita.

Bukan budaya rakyat Malaysia, Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai, Kerajaan ditentukan melalui pilihan raya, suara rakyat dan bukan paksaan dan keganasan di jalan raya.

Bangsa asing langsung tidak peduli, bangsa lain sibuk mencari kekayaan. Pak Lebai dan Mak Lebai yang kononnya mahu berjihad mahu masuk syurga terperangkap dengan jihad Anwar Ibrahim. Pak Lebai dan Mak Lebai. Jika terkorban dalam demonstrasi semalam anda tidak akan mati syahid. Ini bukan cara untuk mati syahid. Yang lebih malang Pak Lebai dan Mak Lebai, anda tidak akan mati kerana baru kena gas pemedih, anda sudah berkeliaran mencari tempat berlindung.

Siapa yang marah ? Siapa yang kecewa?

Lojik akal ini adalah satu perbuatan yang menyalahi undang undang dan perlembagaan negara, Lojik akal ini adalah perbuatan tidak berfaedah, Lojik akal ini adalah perkara yang tidak patut diterapkan dalam budaya Bangsa Malaysia. Namun masih ada juga NGO Pro kerajaan yang begitu lantang, bloggers UMNO yang begitu lantang mengkritik memaksa pemimpin UMNO menyalahi undang-undang dan mengenkari arahan pemimpin tertinggi UMNO dan kerajaan !!!!! Mengapa dan kenapa dengan kamu? Terbawa bawa budaya Anwar Ibrahim?

Ini bukan jalan penyelesaian yang baik, jalanan bukan tempat menentukan nasib rakyat lain. Budaya Malaysia tidak berlandasakan keganasan, Lihat saja, berapa orang yang turun menyahut saranan bloggers UMNO yang hilang akal, NGO Penyokong UMNO yang angkuh. Apa sudah jadi, siapa yang sokong budaya jalanan ini, Siapa yang mahu mencari kesusahan?

Bukan saya menuduh semua bloggers yang menghasut ahli UMNO turun melakukan kerja tidak berfaedah ini, hanya seorang dua yang tidak berakal dan emosi. Blogger ini tidak lagi relevan sebenar nya, Hari ini mereka sunyi sepi tidak mahu mengulas, mungkin telah tahu bahawa ini adalah satu pekerjaan yang tidak berakal. Mujur pemimpin yang melakukan perkara yang benar itu tidak melatah, Mungkin pemimpin itu tidak mahu meletakkan taraf beliau sama dengan picisan upahan yang menulis menghasut ahli UMNO untuk melanggar undang-undang kerajaan.

Saya menghormati keputusan berani pemimpin muda ini yang menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO jangan turut serta dalam perhimpunan jalanan ini. Maruah Bangsa dan Pemuda UMNO telah di selamatkan oleh pemimpin muda ini. Walaupun dikecam sebagai tidak bertelor, tetapi hari ini jelas, siapa sebanar nya tidak bertelor, Yang berkokok siang malam dalam blog dan mesyuarat NGO berkenaan yang langsung tidak nampak telor yang menyerlah dalam perhimpunan berkenaan. Inilah ketua pemuda yang kita mahukan, yang waras dan boleh menyelamatkan maruah Pemuda dan bangsa walaupun dikecam.

Jawapan nya siapa: jika bukan ketua pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin, yang telah memberikan garisan jelas pendirian pemuda UMNO sebelum tarikh perhimpunan. Ini adalah sifat berani sebenar.

Kiriman : Sdr Rosli Din , Ketua Pemuda UMNO Cawangan


Sumber : KPMU

Blog List J - L