POLITIK HARIAN

Blog List G - I

Friday, April 17, 2009

Bangkitlah Melayu !!!


Sila baca > Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

MELAYU PERLU BERSATU

Dalam gema laung Laksamana Hang Tuah” TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”. Betulkah kata-kata ini atau ianya sekadar Hang Tuah ingin memberi pesan kepada keturunannya supaya jangan leka kalau ingin terus berkuasa. Hang Tuah seorang yang perkasa lagi bijaksana, dan kita mesti bijak mentafsir kata-katanya dan jangan hanya sekadar mengambil bulat-bulat kata-kata hikmatnya itu sebagai azimat.

Mungkinkah satu hari nanti orang Melayu akan mengigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi?

Tidak keterlaluan jika saya katakan, sudah tiba masanya untuk semua pemimpin
politik Melayu bersama-sama memikirkan mengenai survival orang Melayu dengan mengambil pendekatan merentasi sempadan politik yang selama ini telah menjadi pemisah kepada penyatuan bangsa.

Hari ini sebagai anak bangsa melayu yang hidup di bumi bertuah Malaysia ini kita harus berani untuk terus membela nasib Orang Melayu. Biar ditentang apa jua jangan sesekali kita berpatah arah, ingatlah jangan kerana kita disergah kita terus melatah. Mereka disekeliling kita mahu melihat dimana letaknya jati diri anak melayu.

Bersatu bukanlah perkara karut marut. Ia telah diterima secara universal dan sejak sekian lama dulu. Sebab itulah kita dengar ada perkataan United States, UAE, United Nations dan sebagainya. Kenapa? Kerana manusia secara umumnya percaya hanya dengan bersatu maka SURVIVAL manusia atas muka bumi dapat dipertahankan.

Manusia perlukan kekuatan bagi menghadapi pelbagai ancaman bencana alam dan lain-lain. Manusia sukar untuk hidup sempurna kalau berpecah-belah dan membawa diri masing-masing.

Ingatlah bahawa, konsep bekerjasama adalah faktor penting dalam menentukan jaya atau gagalnya pembinaan sebuah tamadun. Malah, manusia di zaman gua batu juga faham bahawa dengan bersatu mereka boleh mendapatkan lebih banyak bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan.

Rambut manusia sama hitam tetapi hati lain-lain. Hati yang hitam akan sentiasa ada dalam kalangan manusia. Namun seperti juga dengan rambut yang boleh berubah warnanya, hati manusia bukanlah kekal sifatnya. Hati yang hitam mampu bertukar menjadi putih dan begitu juga sebaliknya.

Harus diingatkan bahawa perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara.

Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.

Perpaduan wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja.

Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita mempastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca.

Untuk tidak kehilangan arah, dan supaya tidak kehilangan punca, makanya perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa "hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah".

JUSTERU ITU BANGKITLAH BANGSAKU.... KITA TIDAK PERNAH LUPA PADA ASAL USUL KEHEBATAN BANGSA MELAYU!!! MELAYU PERLU BERSATU!!! BERSATU DALAM MEMPERKASAKAN BANGSA MELAYU!!!

Salam Perjuangan

BJ

Artikel ini turut disiarkan di blog AbgTuah

Blog List J - L