POLITIK HARIAN

Blog List G - I

Friday, April 17, 2009

Pemuda UMNO Perlu Bersatu!!!


Semuanya telah berjalan dengan selamat, Perhimpunan UMNO dengan pemilihan semua jawatan semuanya terungkai dan yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua , itu kata-kata UMNO bagi memujuk hati kita kembali. Namun tidak semua yang dapat menerima bait-bait ungkapan ini dengan ikhlas hati . Apa-apa pun kita terpaksa terima demi kebaikan dan perpaduan UMNO .

Syabas kepada yang telah digugurkan kerana menerima hakikat dengan hati yang terbuka dan syabas kepada yang tewas yang telah menerima kekalahan dengan hati terbuka, Ini membuktikan bahawa anda telah menerima demokrasi dalam UMNO dengan baik sekali. Setiap pertandingan pasti aa yang menang dan ada yang kalah. Itulah yang dikatakan pertandingan yang sihat apabila kita dapat menerima keputusan pertanndingan.

Ucapan tahniah di atas perlantikan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Perlantikan beliau sedikit sebanyak mampu mendekati golongan belia di negara kita. Apa yang di harapkan, peringatan untuk diri kami dan seluruh warga Pemuda UMNO, bersatulah, bekerjasama dalam menarik semula sokongan golongan muda yang telah terpedaya dengan pelbagai tuduhan dan dakyah yang tidak baik dari pihak pembangkang.


Kita lihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak memilih Saudara Khairy dalam barisan kabinet. Inilah peluang Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini untuk fokus memperkuatkan jentera Pemuda UMNO dengan lebih efektif.


Ini bukan masa untuk Pemuda UMNO bertelagah sesama sendiri. Pemilihan telahpun berlalu. Marilah kita bersatu, bekerjasama, tidak kira dari pihak team Khairy, atau team Mukhriz, atau team Khir Toyo. Yang lebih penting adalah, menguatkan jentera parti kita.


Insyaallah, dengan kerjasama dari pihak Saudara Khairy dan Datuk Razali, beserta exco-exco Pemuda UMNO, kita mampu merealisasikan matlamat perjuangan kita.

Datuk Mukhriz walaupun tewas, beliau masih boleh membantu menguatkan jentera Pemuda. Begitu juga dengan Datuk Seri Khir Toyo. Marilah bersatu. Perkuatkan jentera kita. Janganlah kita lena. Masa tidak menunggu kita. Kita perlu bergerak secara efektif mulai sekarang.

Blog List J - L