POLITIK HARIAN

Blog List G - I

Friday, April 17, 2009

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.




Assalamualaikum,

Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.

Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.

Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,

MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA

kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari, Faisal Tehrani serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak.

Percayalah..samaada kita sedari atau tidak dan mengambil kira penambahan pengundi Melayu kepada BN serta dengan susut dan tumpulnya serangan blogger sebenarnya memberikan kesimpulan keberkesanan perjuangan saudara sekelian.

Walau pun kita mengalami kekalahan di Bukit Gantang tetapi Sekupangdua dan rakan-rakan dari Perak masih mengatakan kita juga telah menang. Ye..kita juga telah menang kerana telah dapat menarik semula minat dan kepercayaan pengundi Melayu di PRK P 059 iaitu Bukit Gantang. Pada Pilihan Raya Umum 2008 BN telah mendapat undi dari Melayu sebanyak 14,500 tetapi pada kali ini kita telah memperolehi jumlah sebanyak 17,000. Ini satu angka yang memberangsangkan dan menunjukan peratusan undi kepada BN telah meningkat.

Misi kita juga boleh dikatakan berjaya kerana tumbuhnya bagai cendawan blogger yang bangkit dengan kesedaran yang tinggi memperjuangkan bangsa dan agama sehingga tumpulnya pakatan rakyat.

Jasa baik dan pengorbanan yang di hulurkan oleh para blogger sekelian kerana satu tujuan demi memertabatkan agama dan bangsa amat-amat kami hargai dan semuga Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Perjuangan kita sebenarnya baru bermula dan ya Allah kami mohon pada mu ya Allah berilah kami semua ruang dan peluang serta kesihatan sempurna untuk meneruskan perjuangan ini. Nyalakanlah api perjuangan di hati-hati kami semua.

Jadi sehingga kita bertemu lagi, Sekupangdua akhiri ucapan penghargaan ini dengan ucapan Wabillahhi Taufik, Wal Hidayah, Wasalammualakum Warahmatullahhi Wabarakatu.

Hantarkan komen ke laman blog ABG TUAH

No comments:

Blog List J - L