Anwar Ibrahim adalah pengamal budaya demonstrasi jalanan bagi memaksa kehendaknya dituruti oleh kerajaan semenjak dari zaman universiti lagi dan setelah beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri , darah meluahkan perasaan di jalanan masih menebal dalam tubuhnya, Dalam satu ucapan beliau Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika Itu) yang berucap sempena minggu Konvokesyen Universiti Islam Antara bangsa (UIA) di Petaling Jaya, memberi keizinan kepada para pelajar universiti tersebut untuk berdemonstrasi.
"Tapi jika saya dahulu ditangkap kerana berdemonstrasi, kamu semua kena bersedia untuk ditangkap"kata Presiden UIA itu dengan disambut oleh gelak ketawa pelajar. Bekas Presiden ABIM sambil berjenaka bagaimana pun membuat kesimpulan ringkas bahawa tindakan beliau berdemostrasi dahulu didorong oleh kemiskinan luar bandar "Sekarang rakyat tidak lagi miskin" Kata bekas pemimpin pelajar itu dengan penuh yakin.
Apa yang lebih menarik di ulas adalah kenyataan Anwar bahawa demontrasi pelajar pada zamannya lebih bertujuan membela rakyat yang dihimpit kemiskinan. Ketika itu pelajar amat sensitif apabila rumah-rumah setinggan dirobohkan, peneroka pinggir bandar diusir. Lalu meletuslah suara kebenaran pelajar, tanpa takut, tanpa gentar.
Tanpa sebarang hasrat untuk merendah-rendahkan demonstrasi pelajar menentang isu kemiskinan di Baling, tahun 1974, dalam satu ulasan tabloid Mingguan Politik 1-14 September 1994 ada menyiarkan tajuk "Nak Marah Marahlah!", : Anwar Ibrahim mahu supaya jangan diikut cara-cara melancarkan rusuhan untuk mencapai matlamat perjuangan. Pada tahun 1974 dulu, ada tunjuk perasaan akibat kematian dua anak petani di Baling, Kedah yang dihebohkan kononnya akibat kebuluran.
Berikutnya, WHO telah meminta Malaysia menghantar laporan segera, benarkah ada kematian akibat kebuluran kerana mereka mahu mengirimkan bantuan menyelamat ke Baling, Kedah. Zainal Abidin Wahid yang dilantik menjadi pengerusi jawatan kuasa penyiasat mengirim gambar kediaman keluarga petani yang malang itu. "Macam mana boleh kebulur kerana di sekeliling rumah kediaman keluarga itu kelihatan pokok pisang dan pokok betik yang sedang mengeluarkan buah?" tanya WHO. Rupanya pembohongan ketika itu mendapat sokongan sehingga berlakunya rusuhan di sana-sini ...."
Inilah Anwar Ibrahim yang pada masa itu yang terlalu mahu mencari penonjolan diri sehingga menjadi timbalan Perdana menteri beliau masih menipu dan penipuan beliau dipercayai oleh rakyat. Inilah kehebatan Anwar Ibrahim dalam melunaskan penipuan beliau.
Anwar telah menghampakan kedua ibu bapanya yang mengharapkan agar beliau menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya tetapi tidak sempat menghabiskan pengajiannya kerana di tangkap pada tahun 1974 sebagai tahanan ISA dan dibebaskan pada tahun 1976. Kemudian pada tahun 1999 beliau telah dipenjarakan di penjara Sungai Buluh dan jawatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri telah di lucutkan. Anwar meniupkan kembali budaya samseng jalanan ini sebelum beliau dipenjara kan dan maka Malaysia mula mengenali kembali budaya ini yang sebelum ini jarang-jarang berlaku di Malaysia.
Yang hairannya , ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri , beliau tidak pernah memperjuangkan pembubaran ISA dan dan apakah rakyat malang yang dikatakan Anwar di Baling sudah jadi kaya dan jarang sekali Anwar bercakap pasal kemiskinan secara total . Hari ini Anwar kembali mengumpulkan dan penyemarakkan api samseng jalanan dengan membabitkan pemimpin Parti DAP dan PAS untuk sama sama melakukan kegiatan yang tidak bermoral ini dengan harapan akan tercetusnya perarakan yang lebih besar bagi menjatuhkan kerajaan BN seperti apa yang pernah berlaku di Thailand dan Filipina.
Apa yang berlaku hari ini adalah satu proses untuk menanamkan budaya samseng jalanan yang mana beliau telah berjaya melakuakannya pada perhimpunan bersih yang lalu. Namun kali ini Perhimpunan ini gagal apabila banyak pihak yang mengutuk dan pihak berkuasa lebih tegas untuk mengawal perhimpunan ini agar tidak menjadi lebih ganas, Ketika seruan Anwar agar di adakan Demonstrasi ini ada pihak yang telah melatah untuk sama- sama berdemonstrasi bagi menyokong ISA. Pucuk di pinta ulam yang mendatang, Ini sememangnya diharapkan oleh Anwar Ibrahim kerana sekiranya berlaku insiden keganasan dan pergaduhan di antara dua pihak ini , keadaan akan berlarutan dan ini akan membuat keadaan negara tidak tenteram.
Amaran tegas Menteri dalam Negeri dan juga Ketua Polis Malaysia telah menyelamatkan keadaan dan tahniah juga kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang begitu tegas menghalang Pemuda agar tidak turut serta dalam perhimpunan berkenaan. Demonstarasi sebenarnya bukanlah cara bagi menyelesaikan masalah tetapi , menambahkan masalah. Kita rakyat yang bertamadun dan berakal fikiran yang waras tidak perlu melakukan perkara yang banyak memberikan kesususahan kepada rakyat. Sekira Anwar pemimpin rakyat , mengapa beliau mahu memberikan kesusahan kepada rakyat hanya kerana mahu mencapai cita cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
Demonstrasi juga menyusahkan peniaga yang mahu mencari rezeki yang halal (khusus nya peniaga melayu) di samping perasaan ketakutan rakyat biasa yang terlibat dengan jalan jalan yang berlakunya demonstrasi. Kesesakan jalan raya juga menyusahkan rakyat yang berulang alik mengunakan jalan raya untuk urusan harian. Selain itu remaja dan juga Mahasiswa juga turut dilibatkan dan perkara ini sememangnya satu perkara yang kurang sihat kerana Mahasiswa yang sepatutnya belajar dibabitkan dengan kepentingan politik mereka dan akhirnya Mahasiswa ini akan menurut jejak Anwar gagal untuk menamatkan pelajaran. Ini akan menjadi satu kerugian kepada bangsa Melayu khususnya kerana kebanyakan yang terlibat adalah dari berbangsa Melayu.
Inikah dikatakan pemimpin yang sayangkan bangsa Melayu dan pemimpin yang cintakan orang Melayu. Tidak wajarkah Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa Anwar adalah Pengkhianat kepada Bangsa. Tahniah kepada kenyataan tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin atas keyataan beliau dan saya sebagai bloggers bebas menyokong apa yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri. Ini bukanlah satu satu sebab yang membuat saya menyokong tindakan berani TPM tetapi banyak lagi yang tidak saya nyatakan di sini. Insya allah kita akan terus membuktikan bahawa sememangnya Anwar adalah pengkhianat bangsa.
http://mytepakbersulam.blogspot.com/