Oleh : Bro Jinggo
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin semalam berkata, Pemuda BN perlu ada semangat "era baru" dalam Pemuda BN, beliau menyeru kepada semua Pemuda MIC, Pemuda MCA, dan Pemuda Umno bergabung; bergerak bersama bagi menyelesaikan masalah rakyat. Jika sebelum ini banyak pergerakan dilancarkan Pemuda Barisan secara berasingan, apabila ada mesyuarat atau pilihanraya kecil sahaja baru Pemuda Barisan Nasional(BN) bergabung, oleh itu Pemuda BN perlu bergerak bersama disetiap masa.
Ini bagi membuktikan bahawa semangat baru dalam Pemuda Barisan tiada masalah dengan kaum Melayu, cina dan India, masalah rakyat adalah masalah nasional.
Khairy yang mempengerusikan Pemuda BN di Perhimpunan Agung MIC Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera di PWTC, mengimbas kembali sejarah pengasas, dimana sejarah BN yang bergabung pada tahun 1955 dibawah perikatan.
Dahulu MIC, MCA dan Umno bergabung dibawah perikatan telah memulakan satu wawasan dan satu impian yang mahu melihat semua kaum berhimpun dibawah satu perikatan parti politik, pada waktu itu dibawah nama perikatan dan hari ini dinamakan Barisan Nasional.
Diera ini, beliau mahu generasi muda mengingati akan janji-janji tersebut dan teruskan semangat Barisan Nasional ini untuk masa akan datang kerana ia adalah kekuatan yang ada didalam Barisan Nasional.
Tegas Khairy, “1Malaysia yang membawa maksud kita (Pemuda BN) menjaga semua kaum dan 1Malaysia juga membawa maksud kita adalah wira kepada semua kaum, ianya jelas kerana Barisan Nasional mempunyai satu formula yang asal dibawah 13 parti yang bergabung dari dulu yang mempunyai satu pandangan dan satu ideologi. Berbeza pula dengan Pakatan Pembangkang yang mempunyai mimpi yang berbeza-beza.”
“Sebagai Pengerusi Barisan Nasional tiada lagi masalah Melayu, masalah India, masaalah Cina, bagi kita masalah rakyat adalah masalah nasional. Kalau ada masalah Sekolah Kebangsaan Tamil, masalah estet adalah masalah saya, masalah nasional. Masalah nasional perlu ditangani oleh kita (Pemuda BN).”
Kata Khairy lagi,“Kemiskinan tidak tahu siapa, bangsa dan agama, kemiskinan melibatkan semua kaum dan melibatkan semua masalah kepada Pemuda Barisan Nasional. Kita bergabung untuk memastikan segala masalah rakyat dapat diselesaikan dibawah formula 1Malaysia.”
Sementara itu T Mohan - penyelaras Pemuda MIC - menang besar untuk merebut jawatan ketua pergerakan tersebut dalam pemilihan hari ini.
Beliau mendapatkan 321 undi untuk menewaskan pencabarnya, S P Muthu Vello yang mendapat 148.
Dalam ucapan dasarnya, beliau memohon satu lagi jawatan Menteri MIC adalah penting kepada MIC, kerana ianya bukan sahaja akan mengembalikan keyakinan dan sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional, malahan ia akan menjadi satu pengiktirafan kepada pengorbanan dan sumbangan masyarakat India kepada pembangunan ini untuk tempoh 200 tahun yang lalu.
Beliau juga berkata, Pemuda MIC merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya melantik Ketua Pemuda Barisan Nasional, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin sebagai Menteri dalam Kabinet. Perlantikan ini akan memberi manfaat kepada para pemuda didalam komponen Barisan Nasional.